Dalam sebuah kitab karangan  Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis itu sesungguhnya namanya  disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada  langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya  disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada  langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya  disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala  dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia (iblis) lupa akibat  urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam.  Lalu iblis berkata, “Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku,  sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api  dan Engkau jadikan Adam daripada tanah.”
Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, “Aku membuat apa yang aku  kehendaki.” Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka  dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.
Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang  berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati  iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat  bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap  angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para  malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak  pula dia merasa menyesal atas keengganannya.
Kemudian Allah S.W.T merubahkan  mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti  babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta,  dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di  antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah  pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti  cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar  seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.
Setelah itu, lalu Allah  mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa  jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi.  Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi  kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang  rupanya, mempunyai sayap emapt, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi  kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para  malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi  jaminan sama sekali baginya.
Ketika Allah S.W.T membalas tipu  daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T  berfirman yang bermaksud, “Apakah yang membuat kamu menangis?” Lalu  mereka menjawab, “Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu.”
Firman Allah bagi bermaksud, “Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku.”
Setelah diusir, maka iblis pun berkata, “Ya Tuhanku, Engkau telah  mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya  melainkan dengan penguasaan-Mu.”
Lalu Allah berfirman yang bermaksud, “Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum.”
Berkata lagi iblis, “Tambahkanlah lagi untukku.” Allah berfirman yang  maksudnya, “Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu  dilahirkan untukmu dua padanya.”
Berkata iblis lagi, “Tambahkanlah lagi untukku.” Lalu Allah berfirman  dengan maksud, “Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana  sejalan dengan peredaran darah.”
Berkata iblis lagi, “Tambahkanlah lagi untukku.” Maka Allah berfirman  lagi yang bermaksud, “Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda  dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi  mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang  berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu  mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram.”
“Dan pada anak-anak, iaitu  dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan  cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat  perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka  Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang  batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat  dan berjanjilah mereka.” (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat  64 yang bermaksud : “Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara  mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau  yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan  anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis  kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan.”